Tuesday, June 22, 2010

SELAMAT TINGGAL GREAT ZONE....


MUG pemberian kak timah.... semua dapat... pengantin baru lah katakn...heheheeh

KAK TIMAH jual... tapi dia bagi kat aku lorh....

AZAM yang aku sayang sangat2....

Hadiah pemberian kakak zima...thanx a lot...


ME and AZAM

KAK SITI n ME

KAKAK FIZA... rindunya pada kakak

with my boyfren...hahahah...just joke... KAM...

selamat tinggal keluarga great zone....

Friday, June 18, 2010

UUM AND UTM

BAKAL PELAJAR UUM

PELAJAR UTM


Semalam pagi... pergi breakfast dengan irsyad...
thanx to irsyad sebab sudi breakfast dengan saya...
last2 irsyad yang belanja aku makan...
thanx again irsyad...
macam macam yang kami sembangkan...
irsyad sama dengan aku
ank sulung and ada 7 adik beradik...
aku selesa dengan dia...
tapi aku x taw la dye...
and aku nak bagitaw yang aku dapat further study kat UUM....
ALHAMDULILAH....
Dapat kos AKAUN...
kawan baik aku pun..sapa lagi kalo bukan zali...
dye dapat sama dengan aku....
irsyad kat UTM and aku kat UUM...
amek kau jauh tue... kami terpisah....
bayangkan utara dengan selatan...
mesti lepas nie rindu dye kan....

Monday, June 14, 2010

REJAB

Betapa teruknya akukan...yaallah...
bulan rejab dah datang... aku nak manfaatkan dengan sebaik mungkin...
kat sini aku nk bagitaw manfaat yang kita akan dapat apabila berpuasa pada bulan rejab nie...


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titi Siratulmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Siratulmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim pada tiap-tiap satu batu."


Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."


Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus (Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.)"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.



Kelebihan lain bulan Rejab

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

REJAB bulan Allah,
SYA'ABAN bulan Rasulullah. S.A.W,
RAMADHAN bulan umat Rasulullah S.A.W.

REJAB adalah bulan maghfirah (keampunan),
SYA'ABAN bulan syafaat manakala
RAMADHAN bulan menggandakan kebajikan.

REJAB adalah bulan taubat,
SYA'ABAN bulan muhibbah manakala
RAMADHAN bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

ISNIN

Kenapa dengan hari isnin?
oh.. hari ini adalah hari bg permulaan bagi semua orang setelah bercuti pada hari ahad...
so bagi sapa2 yang telah bercuti semlam mesti rasa berat nak pergi kerjakan?hehehehe....
tapi aku tak... aku suka hari isnin sebab dah nak dekat dengan hari rabu...
yalah hari rabu kan aku cuti...
ok.. hari ini aku nak cerita yang aku bertemu dengan irsyad lagi...
hari ini aku rehat pukul 12.30... aku pun mesej dia...
tapi dalam area pukul 1 lebih dye balas...
mengatakan baru nak rehat...
kemudian aku pergi kedai beli handyplus..( x taw ejaan btol x)
dari jauh aku nampak kelibat irsyad...
thats him..
kemudian kami bertembung ditengah....
kami saling senyum...
kemudian tegur la...
dia kata dia beli makanan goreng2 ja....
lepastue kitaorng ckpla yang kami rehat nie x sama so payah sikit nak makan sama...
insyaallah kalo ada rezeki.. dapat lah kami makan sama.. amin...

Saturday, June 12, 2010

HARI INI....

Hari ini agak excited pergi kerja... sebab.....
nak pergi makan dengan IRSYAD...
tapikan......
tak jadik sebab irsyad rehat awal....
sedih.....
alhamdulilah aku dapat serve customer...
ok.. disebabkan cashier penuh so aku pun serve customer...
aku ingat aku dapat rehat then makan dengan irsyad tapi apakan daya....
tiba tiba aku dapat mesej dari irsyad...
dye kata'' salam.. sorie kita break awal hari nie...''
hancurnya hatiku....
ingatkan dapat makan dengan dye...
tapi last last makan dengan kak amalina n wee woon...
ok lah tue.. lepastu aku lalu depan kedai dia...
kebetulan dia duduk wat kerja...
then masa tue aku tengah on call...
aku nampak die...
die senyum aja n sambil pandang aku atas bawah...
aku pown senyum aja la...
lepastue aku lalu lagi kedai dia...
aku tanya dia rehat awal ekh...
and die senyum...
macam macam berlaku hari ini....
sangat kelakar... heheehe....

Friday, June 11, 2010

LUAHAN HATI BUAT SI DIA

sebenarnya aku mlas sangat2 nak menaip nie tapi apa kan daya...
aku x dapat nak meluahkan seglanya pada dia tapi aku hnya dapat luahkan melalui blog aja...
biar lah ku simpan sampai akhir nanti... alamak terkeluar lagu kerispatih pulak...
luahan hati aku nie buat azam yang baru aku kenal dalam masa sebulan...
dekat sebulan aku kenal dia...
sejak kebelakangan nie barulah aku sedar segala galanya...
aku sedar yang azam tidak memerlukan aku...
apa yang aku tulis nie semua adalah luahan hati aku buat adik yang aku syg sangat2...
to my adik..AZAM....
akak sedar yang azam x perlukan akak...
akak sedar sapa lah akak nie untuk taw and amek berat pasal adik...
akak sedar yang akk nie asyik ntah lah x taw nak cakap apa...
akak taw cuma akak aja yang terhegeh kat adik tapi adik?
ya.. akak taw adik BUSY dengan life adik...
akak bukan mengharapkan apa-apa...
akak cuma nak adik pun amek berat pasal akak.. share dengan akak if ada problem...
yala.. kita pown baru kenal sangatkan...
akak rasa bila akak last day kerja akak tak akan cakap kowt..
yang pasti akak akan Pergi tanpa mengucapkan SELAMAT TINGGAL....
ada orang lain yang dapat buat adik bahagiakan...
tak pala.. i will go from ur life...
because awak x memerlukan saya lagi...
saya faham...
cuma satu aja akak mintak...
adik jadilah orang yang berguna...
jangan lah jadik macam sekarang...
akak nak adik taw yang akak sayang sangat sangat kat adik...
SELAMAT TINGGAL ADIKKU SAYANG...

Wednesday, June 9, 2010

SHOPPING

baju nie harganya RM 30... tapi bukan aku punya... ina punya.. tolong bayarkan ja....


kasut sekolah abang.. harganya RM 28.90... tapi aku cuma sponsor RM 25 ja...


wahhh.. my new phone... tambah lagi 1....


botol air azah and aishah...aku nak belanja crocs tapi mereka tak nak... iya ngak pape...


Rak garam aku beli khas untuk mak aku.....

so...
dah shopping seharian.. x dala seharian pun.. tapi 2 jam jala...
mula mula beli kasut mirul dulu..lepastue aku nampak IRSYAD...
yaallah.. he sooooo cute....
hehehe... senyum aja.. comellah...
lepastue cari irsyad kat funky tribe...
mujurlah bukan irsyad yang serve coz budak-budak nie x nak pown kasut tue...
taw x betapa hancurnya hati aku...
diorang x nak kasut tue...
aku pun x paham kenapa....
aku pun merajuk la sebab aku x leh menerima kenyataan tue...
kemudian kan aku pun membawa diri ke kedai handphone...
and alhamdulilah aku pun dapat membelinya....
tapi yang best dapat keluar dengan FAMILY aku...yohaaaaa....

Sunday, June 6, 2010

MACAM MACAM

Semalam aku tak der mood nak update blog...
so hari ini jari jemari agak rajin untuk menaip di sini...
hari ini ada satu cerita yang agak melucukan la..
seperti biasa datang kerja...
hari ini kak emma and kak fiza off day so mereka off day lorh...
aku bagitaw kat kam rehat pukul 1...
sebab hari nie nak melantak nasi dengan dia...
lepas punch card aku pun tunggu la mamat nie kat ayam sedap...
aku order NASI AYAM n TEH AIS...
kam pun...
sembang sembang dengan dia.. ada ke patut dia tak bagi aku kerja....
kurang asam punya kam..hakhakhak...
kak siti nampak aku makan dengan kam.. hehehe.. ampun kak siti..hehehe
aku dengan kam nie agak rapat sikit... mereka di GREAT ZONE taw yang aku rapat dengan kam...
lepas tue aku pergi solat zuhur.. menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimah....
lepastue aku pergi toilet...
keluar toilet bertembung pulak dengan IRSYAD....
hakhakhak... alamak kembang setaman la pulak...hahahaha
aku senyum and say hi kat dia...
dia tengah rehat...
masuk kerja pun dengan hati berbunga bunga...
azam off day hari ini...
yang kelakarnya adalah satu kakak nie... beli tisu.. 10 paket...
aku ingatkan tu troli dia aku pun tanpa usul periksa letak kat situ...
rupa-rupanya nak dijadikan cerita yang aku salah troli...
alamak terpaksalah aku ganti...
alhamdulilah allah bantu aku... tisu tue ada dan kembali...
buat gelak mereka aja...hahahaha
lepas ini kena lebih berhati-hati...
aku pun dapat gaji hari ini...
778.80... ok lah tue... aku bersyukur dengan apa yang aku dapat... apalagi...
TIME TO SHOPPING...HAHAHAHA
sebelum terlupa... tadi balik jumpa irsyad lagi...
hehehe..suka suka...heheehe...
jumpa hari-hari lagilah aku suka suka suka sangat...hehehe

Friday, June 4, 2010

ADAKAH AKU DIPERLUKAN????

Hmmm.. semlam lepas online fb and update blog aku pown naik lah atas katil....
tapi sebelum tue.. aku mcg azam...
aku tanya die'' dah contact lom?"
dia balas" da"
aku pun tanya die" so? cerita la"
dia bls" belom dapat lg.. nanti dah dapat cter k"
aku balas lagi" dapat panya? owgnya ke?"
tapi dia tak balas mcg aku...
aku pown tetiba rasa nak melayan perasaan so aku bukak la lagu yang agk jiwang...
tetiba aku rasa sebak sangat...
tetiba entah kenapa aku menangis...
aku rasa yang aku dah tak diperlukan lagi...
tak mengapalah....
kemudian aku sedar yang aku belum solat isya' and
aku pun amek wuduk and solat isya'...
dalam solat aku menangis sepuas-puasnya...
aku rasa lega sangat-sangat...
hnya pada allah aku mengadu...
itulah langit tak selalu cerah.. iya akan mendung jugak....
lepas sembahyang aku berdoa
" yaallah.. walaupun aku dah tak diperlukan lagi...aku sentiasa berdoa padamu agar kau dapat membawa dia kejalan yang lebih baik.. keluarkan dia dari kepompong yang jahat itu...
aku tak mahu melihat dia terjebak dengan perkara-perkara yang jahat..."
tak palah.. kalau nana dapat buat dia happy...
aku tumpang gembira....
lepas tue aku terus off no maxis and tukar sim dengan adik aku so sekarang nie aku x on no maxis...
aku sedar...ZALI.. AZAM.. IRSYAD and ABG ZARUL....
x pernah memerlukan aku... aku tak penting dalam hidup mereka walaupun mereka KAWAN BEK, ADIK,KAWAN AND ABANG aku...
aku sedar siapa lah aku ini...
x mengapalah.. walaupun mereka tidak memerlukan aku lagi...
aku yakin ramai lagi yang memerlukan aku...
aku masih ada keluarga...
merekalah semangat hidup aku...

MAKAN MALAM YANG ISTIMEWA

yummmy... sedapnya makan mee bandung....


mee bandung... lama kowt x makan...


satay satu aja ke?hehehe


budak-budak nie air laici pown layan...hehehe


nah.. amek... satay satu pinggan...huahuahua


ayah belanja makan.. thanx ayah belanja makan..kenyang...
sodap...


serba pink...


with adik eca yang tembab..


my lovely mum...and adik azah....


abe amirul


ok... overallnya...dengan pembuka makanan nya adalah satay aku makan dengan tidak la terlalu
banyak bcoz aku nak tinggalkan ruang untuk mee bandung...
minum dengan sky juice ja kowt..hahahaha
lagi sedap...
lagipown lama da x makan kat luar dengan family...
entah bila lagi dapat keluar ramai2 macam gini...
huhuhu...
even duduk serumah tapi jarang makan sama2...
lagipun masing-masing busy kowt...
anyway this tonight is the best memory...

Thursday, June 3, 2010

MIMPI DAN MIMPI

Bila jam didinding menunjukkan pukul 6 pagi....
mak mesti kejut aku untuk solat subuh...
aku nie kalo kat rumah kena dikejutkan... tak reti nak bangun sendiri...
lain la kalo kat hostel dulu... tak lah liat sangat...
ok.. sebenarnya yang aku nak ceritakan kat sini ialah AZAM... DAN IRSYAD...
lepas aja sembahyang subuh aku pun apalagi....
mengantuk punya pasal aku pun apalagi.. tarik bantal and tidur la...hehehehe
lepatue tiba-tiba dalam mimpi aku tuekan....
ada IRSYAD N AZAM pulak....
sejak bila pulak mereka kenal each other nie..hehehehe
tapi mimpi aku tue agak kelakar la..hehehe

KENDURI 3 JUN 2010

ini adalah adik aku... AZAM namanya... tapi adik angkat lorh...


gambar ini diambil di bawah kolong blok F... ooh tidak...


hah... ini adalah pekerja-pekerja GREAT ZONE...mesti rindu pada merekakan bila aku berhenti nanti...biar aku perkenalkan seorang demi seorang ya...
ok... AZAM...ZAM... KAK FIZA..KAK AMALINA...KAK SITI...KAK TIJAH...KAK TIMAH N AKU...
tapi tak semua yang datang... kam tak da lorh....


Tiga gadis pinggitan...
KAK FIZA...KAK AMALINA..KAK SITI


Nie pulak bakal pengantin baru... KAK FATIMAH N KAK KHATIJAH...
tapi yang na kahwinnya KAK TIMAH lorh...


Besar punya periuk nasi..hehehe


Sesudah itu selamat menjamu selera ya...;)


Time nie bacaan Yasin sudah dimulakan...

Jadi..secara kesimpulannya la kan....semuanya berjalan dengan lancar.. walaupun pada mulanya hujan lebat...tak mengapalah.. hujan rahmat dari allah...
ada jugak aku jemput IRSYAD datang but dia tak dapat datang...tak da transport katanya...
x mengapalah...
yang penting kakak datang and adik pun...
azam datang bawak kawan....
hehehe.. kawan-kawan baik aku tak datang... mereka ingat malam esok...
HATIKU HAMPA....
tak apalah...
ada hikmah disebalik semua ini....
AMIN...

Wednesday, June 2, 2010

IRSYAD@INNOCENT

nama penuhnya adalah IRSYADUDDIN HASMAN
kisahnya bermula di sini... aku sekali lagi dengan tidak malu menapak lagi kedai FUNKY TRIBE....
kali nie aku datang dengan menyapa dier...
''assalamualaikum... sy datang nak beli topi pulak....''
then kebetulan ada seorang lagi pekerja perempuan yang aku agak selesa dengan dia...
namanya if iam not mistaken LIA...
ingatkan lia yang serve aku rupa-rupanya irsyad serve aku...
minx maaf sangat2 lah x dapat nak letak gambar irsyad kat sini....
nanti bila dia dah improve aku curi gambar dia pulak letak kat sini ya....
ok continue....
semalam aku ada jumpa dia mintak FB lepastu aku pun menjemput dia datang kerumah disebabkan malam esok rumah aku ada kenduri....
kemudian aku kata nanti mcg la x pown call...
suddenly dia keluarkan paper...
dia kata nie semalam fb dengan no phone... nanti mesej la...
hehehehe
...ALHAMDULILAH....
dapat dengan nombor phone sekali tue...
lepastue aku pun keluar...
nanti aku datang lagi ya ke funky tribe...
nantikan kedatangan aku....heheheeh...;)